Tuesday, January 25, 2011

CIRI-CIRI PEMUSATAN GURU

Ciri-Ciri Pemusatan Guru

  • Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.
  • Komunakasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar.
  • Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
  • Stratergi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
  • Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyeburan nilai murni atau perkembamgan emosi .
  • Stratergi ini mementingkan pencapaian murid berdasrkan keputusan ujian dan peperiksaan
  • Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk meningat dan menghafal dan kurang berupaya membuat interprestasi.
  • Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang psitif kurang dapat dipupuk.
  • Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian
  • Di bawa stratergi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.

CIRI-CIRI PEMUSATAN PELAJAR

Ciri-Ciri Pemusatan Pelajar

  • Dalam aktiviti pengajaran dan  pembelajaran murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang memimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
  • Komunakasi dan interaksi di antara guru dan murid adalh secara dua hala dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan memimbing murid supya berfikir dan bertindakbalas dengan memberi jawapan kepada mereka.
  • Ciri kempimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakan memberi pendapat mereka Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalm aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
  • Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (FPN)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF & FIZIKAL DALAM P&P

Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan, beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti.Implikasi-implikasi ini dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal kanak-kanak dan implikasi terhadap teori perkembangan kognitif anak-kanak.


Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal remaja sekitar umur 2 hingga 6 tahun, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanak-kanak setakat yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Disamping itu, kanak-kanak pada tahap ini akan berkembang pada tahap berbeza. Mereka juga aktif pada peringkat ini. Maka, guru harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari dan mengambilkra perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.


Implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun pula berbeza iaitu dengan mengajar kanak-kanak bermain alat muzik seperti piano atau biola dan berkait. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah permainan lasak seperti permainan di padang. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyesaian.

Implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat pra operasi dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun pula ialah dengan mengajar kanak-kanak menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti menggunakan bahan maujud seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. Disamping itu, arahan yang diberikan guru haruslah pendek disertai dengan conntoh. Sebagai contoh, arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuati aktiviti dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.

Implikasi bagi perkembangan kognitif kanak-kanak bagi peringkat umur 7 hingga 11 tahun pula ialah kanak-kanak harus diajar dengan menggunakan bahan yang konkrit terutama untuk belajar kemahiran baru. Sebagai contoh, model-model tiga dimensi 3D seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses ini ialah kanak-kanak harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Sebagai contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan. 

TEORI PERKEMBANGAN SIGMUND FREUD

Teori Perkembangan Sigmund Freud

Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas. Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.

Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.
Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.

Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat;

  1. Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )
Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).
  1. Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )
Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.

  1. Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

  1. Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun ) Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik. 
  2. Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ). Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL


Menurut Gesell, perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau fisiologi. Selagi kematangan fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti berjalan tidak akan berjaya.
Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat;

Peringkat Pertama (0- 1 tahun )

Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk menyatakan kehendak yang berbeza seperti tangisan lapar berlainan dengan tangisan menarik perhatian.
Umur 4 bulan : mata boleh bergerak mengikut gerakan objek.
Umur 6 bulan : dapat menggenggam objek.
Umur 7 bulan : boleh duduk dan merangkak.
Umur 12 bulan : boleh berdiri dan memegang objek tinggi.

Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )
Boleh bertatih, berjalan, berlari, bercakap dan sudah mula tahu makna “ jangan”

Peringkat Ketiga ( 2- 3 tahun )
Boleh makan bersendirian dan mula bercakap dengan menggunakan ayat mudah.

Peringkat Keempat ( 3-4 tahun )
Dapat naik basikal beroda tiga dan menerima arahan mudah.

Peringkat Kelima ( 5 tahun )
Telah mula mengemukakan soalan dan bersedia masuk prasekolah.

TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET

Teori Perkembangan Jean Piaget

Piaget ialah ahli psikologi perkembangan yang mengkaji tentang perkembangan kognitif. Beliau telah membahagikan empat peringkat perkembangan kognitif ia itu :

Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun ).
Kanak-kanak berubah daripada organisma yang reflek kepada organisma yang berfikir menggunakan bahasa, membezakan objek-objek dengan diri dan membuat klasifikasi. Berupaya melakukan dan menyelaraskan maklumat yang diterima.

Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun )
Pembelajaran bahasa berlaku dengan pesat dapat menamakan benda-benda.
Kanak-kanak bersifat egosentrik.

Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun )
Membentuk pemikiran logik tetapi terhad.Berupaya memahami konsep dan hipotesis yang mudah.

Peringkat Operasi Formal ( 11-15 tahun )
Mula berfikiran abstrak. Berupaya menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak.

TEORI PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST

Teori Perkembangan Robert Havighurst.
Robert Havighurst seorang psikologi Amerika terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Havighurst membahagikan tiga peringkat;

Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)
Kanak-kanak mula bercakap, mula berintraksi dengan orang lain, belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa, sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )
Menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran 3M, mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral.

Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )
Bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan jantina, ingin kebebasan dan konsep baik dan buruk semankin mantap.  

TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Teori Perkembangan kanak-kanak.
Ada beberapa teori yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:
1) Kematangan Biologi
Teori ini melihatkan perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal.

Teori Perkembangan Arnold Gesell.
Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
2) Kognitif
Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan intelektual mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk memahami persekitaran mereka.

Teori Perkembangan Jean Piaget.
Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas). Perkembangan kognitif melibatkan proses-proses seperti skema asimilasi, akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan.
3) Sosial
Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanak-kanak tersebut.

Teori Perkembangan Robert Havighurst.
Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai-nilai, norma dan budaya masyarakat

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Maksud falsafah pendidikan:
– Kajian mengenai makna, matlamat serta kaedah asas pendidikan atau pembelajaran. 
– kajian mengenai semula jadi minda yang serba tahu, semula jadi manusia, soalan mengenai kuasa dan pertalian di antara pendidikan dan masyarakat. 
– berhubung rapat dengan teori perkembangan manusia.

Falsafah pendidikan tradisional dan Falsafah Pendidikan moden berbeza dari cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah.

Falsafah Pendidikan Tradisional 

– mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu. 
– manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat pendidikan.



Falsafah Pendidikan Moden
-individu boleh menentukan kdua-dua matlamat dan kedah untuk mencapai matlamat


Falsafah Pendidikan Barat
a. Tradisional

1. Mazhab Perennialisme
– Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had masa.

– Manusia bersifat rasionaliti. oleh itu, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan.
– tujuan pendidikan utama ialah mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa.
– berfokus kepada perkembangan diri, iaitu manusia perlu diajar mengenai kemanusiaan dulu, bukan mesi atau teknik.
– orang ialah manusia, oleh itu topik-topik mengenai liberal (tingkahlaku, pendapat, nilai, pengalaman, pengetahuan) perlu diajar sebelum topik-topik teknikal (kemahiran, latihan)
– prinsip perkembangan perlu diajar sebelum fakta.
– sbg contoh, dalam sins, ajar strategi penaakulan saintifik sebelum fakta sains.
– kaedah sains seperti kaedah sokratik diajar supaya murid lebih rasional dalam pemikiran.
– nilai tradisional diajar secara eksprisit.

2. Mazhab Essentialisme
– melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik.
– pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan.
– tujuan pendidikan ialah menyampaikan budaya dan ilmu.
– menggalakkan perkembangan intelek dan kecekapan individu.
– fokus: melibatkan mata pelajaran tradisional yang boleh digunakan pada masa depan. menekakan 3M dan pengajaran kemahiran-kemahiran penting, penguasaan konsep dan prinsip.
– sekolah sebagai fungsi akademik,
– guru yang berkuasa menentukan kurikulum.
– guru bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional.
– guru sebagai model bernilai yang dicontohi.
– menitikberatkan bahasa, sastera, matematik seni dan sains.



Falsafah Pendidikan Barat
b. Moden

1. Mazhab Progesivisme
– berkembang daripada pragmatisme (berfikir secara praktikal dan munasabah dalam menyelesaikan masalah).
– kebenaran adalah relatif dan tentatif.
– pengetahuan membawa kepada perkembangan dan pertumbuhan.
– kanak-kanak perlu diajar bagaimana cara berfikir, bukan apa yang perlu difikir.
– pendidikan harus menyedia pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan masyarakat.

Kurikulum:
– berdasarkan minat murid.
– isi kandungan yang interdisiplin.
– melibatkan aplikasi masalah manusia.
– menggalakkan pelbagai alternatif seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah, kaedah projek.
– menekankan pengalaman langsung.
– pembelajaran aktif.
– pendekatan induktif untuk pengajaran.

Peranan Guru:
– sebagai pembimbing.
– murid digalakkan membina penerangan dan kefahaman sendiri.
– pengajaran berpusatkan murid.

Peranan sekolah:
– menggalakkan kolaborasi antara pelajar.
– kurang menekankan pembelajaran persaingan individu.
– berperanan demokratik
– menggalakkan reformasi sosial dan penyertaan masyarakat.


2. Rekonstruksionisme

– berasaskan progressivisme.
– berhasrat membaiki dan pembangunan semula masyarakat.
– membentuk corak masyarakat baru dan menghapuskan penyakit masyarakat merupakan tujuan utama pendidikan.
– sekolah – penggerak untuk memajukan kehidupan manusia melalui pd. 
– sekolah – tempat membentuk masyarakat baru

Peranan sekolah:
– mengenalpasti masalah mesyuarat yang menjadi krisis budaya.
– memupuk sikap dan nilai positif.
– meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mesyuarat.

Kurikulum:
menekankan kajian sains sosial.
menfokuskan trend masa kini dan masa depan.
menggalakkan mata pelajaran yang boleh digunakan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mesyuarat.

Guru:
– guru perlu memberi komitmen dalam membina mesyuarat baru.
– agen perubahan dan reformasi.
– membantu murid-murid menyelesaiakn masalah mereka.

KATEGORI FALSAFAH

Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan persoalannya, iaitu:
  • Metafizik
    Bidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan.Contoh soalannya: Jenis benda yang wujud? Apakah sifat "semulajadi - nature" benda tersebut? Adakah sesuatu wujud tanpa pergantungan kepada deria manusia? Apakah sifat
    ruang dan masa? Apakah sifat akal dan berfikir? Apakah yang dikatakan manusia? Apakah yang dikatakan sedar? Adakah Tuhan wujud?
  • Epistemologi
    Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Contoh soalannya adalah seperti: Apa itu
    pengetahuan? Adakah ada pengetahuan? Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu? Bagaimana kita tahu terdapat minda yang lain?
  • Etika
    Bidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Contoh soalannya:Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan yang salah ? Jika ada, apakah perbezaannya? Tindakan yang mana betul dan tindakan yang mana salah? Adakah nilai mutlak, atau perbandingan?Bagaimana seseorang itu harus hidup?
  • Logik
    Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia.
  • Estetika
    Bidang falsafah memikirkan tentang keindahan.
    Contoh soalannya: Apakah itu indah?

TEKNIK PENYOALAN GURU

Tidak dapat dinafikan betapa pentingkan kemahiran guru dalam aspek penyoalan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam setiap borang penilaian pemerhatian bagi penyeliaan pengajaran dan pembelajaran semasa latihan perguruan atau borang penyeliaan oleh Jemaah Nazir Sekolah atau sesiapa sahaja dalam proses penilaian atau pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru, pasti sahaja ada elemen ini dinilai. Betapa pentingnya seseorang guru itu menguasai teknik dan kemahiran menyoal adalah menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat amalan guru yang tidak memberikan perhatian kepada teknik menyoal, umpamanya guru menyoal dengan soalan yang tidak jelas, bersifat spontan, tidak menentukan tujuan, stereotaip dan hanya berkisar sekitar mencungkil ingatan serta memahami fakta sahaja. Soalan sedemikian tidak akan dapat mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.


Apakah Penyoalan?

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklumbalas murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal.


SOALAN —-> MAKLUMBALAS —-> REAKSI SELEPAS MAKLUM BALAS

Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan merangsang aktiviti mental. Beberapa kebaikan penyoalan adalah seperti berikut;
  • Merangsang pembelajaran
  • Mengembangkan potensi berfikir murid
  • Memandu kepada idea yang jelas
  • Menggerakkan imaginasi
  • Insentif kepada tindakan
Guru perlu menyedari bahawa kuantiti soalan dan kualiti penyoalan semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah merupakan salah satu unsur penting dalam menentukan keberkesanan dan kualiti sesi pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu merancang dengan teliti dan rapi dengan mengambil kira beberapa faktor seperti berikut;
  • Mental
  • Psikologi
  • Persekitaran
  • Pengalaman murid
  • Keperluan sesuatu mata pelajaran
Mengapakah penyoalan guru ini begitu penting?
Terdapat beberapa unsur yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran guru melalui penyoalan iaitu unsur penyiasatan (interrogation) dan unsur rangsangan yang menunjukkan apa yang harus dipelajari dan arahan yang perlu dilakukan. Janganlah pula kita sendiri yang menyoal dan kita sendiri yang menjawab, tanpa memberikan ruang untuk murid berfikir dan mencari jawapan. Amalan sesetengah guru memang begitu seperti guru mengemukakan soalan kepada semua murid: ”Faham tak?” kemudian tanpa menunggu jawapan murid, beliau meneruskan percakapannya. Atau pun menyoal: ”Faham tak?” dan keseluruhan murid menjawab”Faham”. Adakah beliau mengetahui siapakah yang sebenarnya faham dan siapa pulan yang tidak faham. Murid cenderung untuk menjawab secara beramai-ramai apabila rakan lain menjawab”Faham”. Fikirkanlah tindakan yang telah kita lakukan ini dan buatlah renungan atau refleksi mengenai amalan penyoalan kita.
Apakan tujuan guru menyoal?
Berikut adalah antara beberapa tujuan guru menggunakan teknik penyoalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
  • Merangsang penglibatan murid
  • Mengulangkaji
  • Merangsang murid untuk berbincang
  • Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif
  • Menguji kebolehan murid
  • Menilai kemajuan murid
  • Menentukasn sejauh manakah objektif pembelajaran tercapai
  • Menarik minat murid
  • Mengawal tingkah laku murid
  • Menyokong sumbangan idea murid
  • Meningkatkan kognitif dan metakognitif murid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...