Ciri-Ciri Pemusatan Guru
- Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.
- Komunakasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar.
- Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
- Stratergi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
- Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyeburan nilai murni atau perkembamgan emosi .
- Stratergi ini mementingkan pencapaian murid berdasrkan keputusan ujian dan peperiksaan
- Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk meningat dan menghafal dan kurang berupaya membuat interprestasi.
- Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang psitif kurang dapat dipupuk.
- Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian
- Di bawa stratergi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.