Tuesday, January 25, 2011

TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Teori Perkembangan kanak-kanak.
Ada beberapa teori yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:
1) Kematangan Biologi
Teori ini melihatkan perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal.

Teori Perkembangan Arnold Gesell.
Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
2) Kognitif
Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan intelektual mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk memahami persekitaran mereka.

Teori Perkembangan Jean Piaget.
Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas). Perkembangan kognitif melibatkan proses-proses seperti skema asimilasi, akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan.
3) Sosial
Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanak-kanak tersebut.

Teori Perkembangan Robert Havighurst.
Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai-nilai, norma dan budaya masyarakat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...